Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan. dipetik dari sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_Abdallah_Ibn_Sina.

Salahuddin al-Ayyubi

Salahuddin al-Ayyubi (Bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, Bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, Bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib. dipetik dari sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Salahuddin_al-Ayyubi

Ali bin Abi Talib

Sayyidina Ali bin Abi Talib (Bahasa Arab: علي بن أبي طالب‎; 13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21 Ramadan, 40 H; 20 September 601[1] atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661 Masihi)[2]) ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra. Beliau merupakan Khulafa al-Rasyidin yang keempat, memerintah dari tahun 656 hingga 661 Masihi. Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah SAW. dipetik dari sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abi_Talib

Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar al-Siddiq (Bahasa Arab: أبو بكر الصديق‎ Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah[1]. dipetik dari sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_as-Siddiq

Imam

Imam (bahasa Arab: إمام) bererti pemimpin. Dalam erti biasa Imam adalah individu yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Erti lain ialah mereka yang diberi kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan yang benar (Khalifah). dipetik dari sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam

Dr Asri Zainol Abidin - Keluarnya Yakjuj Makjuj



Share this article :

Ustaz Wadi Anuar - Tanda Kiamat Besar



Share this article :

Ustaz Dr Danial Bin Zainal Abidin - Tafsir Al-Quran Surah Al-Fatihah 1 - 7



Share this article :

Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz - Fitnah Akhir Zaman



Share this article :